Kurus Di Bulan Ramadhan

Suka saya untuk memulakan  dengan mengingatkan bahawa TIDAK ada jalan pintas untuk kurus. Hampir semua produk kurus walaupun  sesetengahnya boleh menguruskan tetapi tidak berkekalan dan kebanyakannya adalah berbahaya untuk kesihatan kita.
Bagi mendapatkan berat badan ideal, kita perlu mereka bentuk CARA PEMAKANAN DAN KEHIDUPAN yang betul supaya usaha kita tidak sia-sia  dan yang penting tidak kembali bertambah berat badan setelah turun nanti.

Ramadhan
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanyaRasulullah s.a.w bersabdaSesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-RayyanOrang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelakTidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain merekaKelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasaMereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebutSetelah orang yang terakhir dari mereka telah masukpintu tadi ditutup kembaliTiada lagi orang lain yang akan memasukinya.
Sebagai umat Islam sudah pasti kita menyambut Ramadhan dengan hati yang gembira. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan berat badan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Namun, apa yang sering berlaku adalah kita kurang berat badan pada seminggu pertama sahaja dan kemudian tidak ada apa-apa perubahan bahkan ada yang BERTAMBAH. Diburukkan lagi, berat kita terus bertambah ketika Hari Raya . Kenapa ini terjadi dan bagaimana untuk mengelakkannya? Teruskan membaca.

Metabolism Badan
Pada hari-hari awal Ramadhan metabolism badan kita masih di tahap normal. Puasa ketika ini menyebabkan kita hilang  banyak lemak dari badan. Tambahan pula, badan kehilangan banyak air  yang menurunkan lagi berat kita.
Namun begitu, puasa menyebabkan badan kita memperlahankan metabolismnya untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Hasilnya, badan kita membakar lebih sedikit kalori daripada biasa.

Gemuk Ketika Berbuka
Kalori yang berlebihan di dalam badan yang tidak digunakan akan segera ditukarkan ke dalam bentuk simpanannya iaitu LEMAK.
Keadaan ini diburukkan lagi  jika kita makan terlalu banyak  pada waktu metabolism badan kita sangat rendah iaitu sewaktu berbuka selepas berpuasa seharian.
Oleh kerana badan hanya mampu membakar sedikit kalori sewaktu berbuka ini, majoriti daripada kalori yang kita makan tadi akan disimpan dalam bentuk lemak!

KURUS DI BULAN RAMADHAN
Bagi mengelakkan penyimpanan lemak ini, kita perlu MENGURANGKAN KUANTITI SATU HIDANGAN kita tetapi MENAMBAH BILANGAN HIDANGAN KITA.
Maksudnya, kita perlu makan sedikit-sedikit tetapi beberapa kali. Persoalannya sekarang berapa kali? Jawapannya, sekurang-kurangnya 3 kali dan jika mampu lebih dari itu.
Konsepnya, LEBIH SEDIKIT KITA MAKAN SETIAP KALI dan LEBIH BANYAK KALI KITA MAKAN, lebih SEDIKIT LEMAK YANG AKAN TERKUMPUL.

Cadangan Pemakanan
Berbukalah mengikut sunnah dengan kurma atau manisan dan susu untuk mengurangkan kelaparan dan mengelakkan “binging” atau makan terlalu banyak.
Cadangan 1:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Selepas Solat Tarawikh
Hidangan Ketiga: Sahur (Penting)
Cadangan 2:
Hidangan Pertama: Selepas Solat Maghrib
Hidangan Kedua: Sekitar 2 jam selepas berbuka
Hidangan Ketiga: Sekitar 4 jam selepas berbuka
Hidangan Keempat: Sahur (Penting)

Makanan
Pastikan setiap meal mempunyai protein, banyakkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat. Untuk memudahkan kita boleh anggarkan jumlah SETIAP HIDANGAN seperti berikut:-
Protein            : Ukuran sebesar tapak tangan (Ayam, Ikan)
Sayur-sayuran: Sebanyak 2 genggam tangan
Karbohidrat    : Sebanyak 1 genggam tangan (Nasi)
Pastikan juga anda makan buah-buahan selepas makan untuk memenuhkan perut dan minum air dengan banyak sepanjang malam

Senaman
70% kejayaan anda bergantung kepada pemakanan dan hanya 30% SAHAJA daripada senaman. Sepanjang bulan Ramadhan ini anda boleh kurangkan aktiviti senaman dari segi kuantiti juga intensiti dan lebih fokus kepada pemakanan.
Namun, cuba untuk lakukan senaman 3-4 kali seminggu. Antara masa yang dicadangkan adalah awal pagi, sebelum berbuka ataupun malam selepas terawikh.
Antara senaman yang cepat membakar lemak adalah senaman cardio seperti jogging dan berbasikal atau senaman bebanan terutamanya untuk otot-otot besar.

Senaman Cardio
Lari atau berbasikal sekurang-kurangnya 20 minit.
Lebih baik jika mampu buat Interval Training iaitu:
- 1 minit: Warm up dengan berjalan atau berlari anak
-5 minit: Jogging pada kelajuan selesa
-3 minit: Tingkatkan kelajuan atau kecuraman
- 1 minit: Jogging kembali pada kelajuan selesa
-1 minit: Warm down dengan berjalan atau berlari anak

Senaman Bebanan
Jika anda tidak sempat ke gym, anda boleh buat senaman bebanan badan sahaja seperti squats (kaki), pumping (dada), dips (tricep) dan bicep curl (bicep). Buat sebanyak 20 kali (repetitions) dan ulang sebanyak 3 kali (sets).  Jangan rehat terlalu lama di antara sets, maximum 1 minit sahaja.

Aidilfitri
Di kesempatan ini juga, ingin saya mengingatkan semua dan diri saya sendiri bahawa selepas sebulan berpuasa, metabolism kita masih perlahan ketika Aidilfitri. Oleh itu, makan terlalu banyak ketika ini sangatlah menggemukkan.
Cuba sedaya upaya untuk makan sedikit-sedikit 5-6 kali dan pilihlah makanan yang sesihat mungkin.
Kemudian, pastikan anda mula bersenam kembali secepat yang mungkin!

1 comment: